13 June 2010

Buat Rumah Kucing Part I

Hello uolss..♥
 
Sila baca title i tu mcm suara doraemon ok..sbb sgt straight to da point kan title i tu..mcm dlm cerita doraemon.."BUAT RUMAH KUCING"..

Mood i sekarang sgt meruap² api kemeluatan kerna mozilla i tgh meroyan gara² connection streamyx wifi yg tgh slow gila mcm kereta bagun yg sdg berjalan di tgh² highway...apakah?..mmg pelik kan ayat i skrg sbb mod tidak stabil..please dong jgn heran!..

Neway,,bukan itu sebenarnya yg ingin diperkatakan sekarang...isu sekarang ialah,,kerja² membina rumah sewa utk si kucing yg bernama Tom & Putih...al-maklumlah,,klu tiada rumah bukan moden la namanya kan..lagipun skrg sudah zaman 2010,,malanglah kalau kucing tiada tempat tinggal kerana itu adalah keperluan asas bagi semua makhluk utk hidup selesa..so,,petang tadi,,dgn hati yg berbungga²..i with my bapa,adik hakim, and my sister hazirah a.k.a cik zizie wan kembang secara bergotong royong ala² program juara rakyat gitu membina rumah utk mereka berdua ni..


 si Putih & si ToM

Utk membina rumah si kucing² ni tidak lah memerlukan kos yg tinggi hingga berpuluh² ribu...hanya sediakan peralatan bertukang yg dilengkapi dengan tukul,paku dan gergaji..dan da most important things,,kayu² yg tidak digunakan lagi...kami hanya menggunakan laci almari yg telah di buang..letss zoom...


Haha..nampak best kan?..mmg sgt best klu dapat meluangkan masa hujung mingu anda bersama family..then wat macam² yg boleh dikongsi bersama...he..dan,,rumah kucing i sangaaaatttt comell~ i LIKE!

Ini adalah hasil kreatif i mendekorate kan umah mereka berdua utk tatapan semua...

 
canteekkk kah?..
-credit to me-


penutup entry : esok akan mengecat rumah kucing tersebut supaya nampak bertambah cutee...


No comments: