01 November 2008

Sesuatu Kebenaran Dalam Hidup


Entri ni aku copy dari page adik iesha..disaat aku membacanya terdetik di hati kecilku..terlintas dimindaku..dimanakah tempatku nanti??..air mata mengalir setitik demi setitik..menginsafi diri ini...bersediakah aku??..bila aku kata blm bersedia..jadi bila seharusnya utk aku bersedia??..walhal ajal dan mati itu ditentukan oleh-Nya..entah esok..entah lusa..kita xtahu..sampai bila aku harus menangguh2kanya..aku belum bersedia..Ya Allah..bukakan pintu hatiku...ampunkan segala dosaku..aku tahu hari ni kau beri aku sedikit petunjuk..aku bersyukur..
*kala ini..menginsafi diri...duduk di satu sudut kecil sambil berdoa*

12 Golongan

Firman Allah SWT dalam surah Al-Naba ayat 18 yang bermaksud: "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat tersebut pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz b. Jabal. Katanya.
"Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
"Wahai Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan yang akan memasuki syurga. adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

  1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
  2. mereka yang menyerupai babi. mereka yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.
  3. mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
  4. mereka yang keluar darah dari mulutnya. mereka yang berdusta
  5. mereka yang berbau busuk seluruh badannya. mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
  6. mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahunya. mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
  7. mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah serta darah dari mulut. mereka tidak mahu menyaksikan kebenaran.
  8. mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya dipenuhi api. mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
  9. mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kaki keatas. mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
  10. mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan. mereka yang berani melawan ibu bapa.
  11. mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. mereka yang minum minuman keras.
golongan yang masuk syurga ialah mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim dengan pantas seperti kilat. ini adalah balasan bagi mereka yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Seksaan Bagi Wanita Di Dalam Neraka

  1. wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menutup rambutnya ketika berada dalam kalangan lelaki.
  2. wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. nabi S.A.W pernah bersabda, "tidak ada seorang wanita menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak di hari akhirat, selebar 70 zira' (jengkal) kemudian akan mengikat di belakang lehernya.
  3. wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya.
  4. wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
  5. wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta membicarakan keaiban orang lain.
  6. wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dalam kalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
  7. wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa, tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
  8. wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta.
  9. wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
  10. wanita yang seperti rupa anjing dan api masuk ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; kerana dia suka mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan dan banyak dengki-mendengki.

:: SubahannAllah..sunguh besar kuasa-Nya..semoga kita terbuka pintu hati dan semoga kita belum terlambat utk bertaubat..semoga kita akan ditempatkan dlm golongan2 yg akan msk ke syurga yg indah..amin.. ::

Penamat entri : Kawan2..jom kita sama2 tempek kat page kita..at-least bila org yg baca entri kita diorg akan sama2 menginsafi diri..perkara yg baik itu lebih baik kita sebarkan...
terima kasih..


Girls Myspace Comments

4 comments:

su said...

akak amik ek...sesungguhnya byk kekurangan yg ade pd akak...moga2 dgn adenye kata2 mcm ni menginsafi diri akak sendiri...amin..

tq!

farinajaafar said...

ambik kak..sila..sila..hehehe..
erm..rin baca pun terlintas dan terdetik dhati ni sedikit keinsafan..alhmdllh..hee

~ErinAinAzeren~ said...

erin baru jerk bace amek dari sape tah..
kawan bg..
emm....
insaf kan?
k...farin..
nonong kenal farin..
dia panggil bdk kecik
huhuhu~~~

farinajaafar said...

oh ni ambik dari blog member..erm..insaf kan..hehee
o ya?..rumate nonong ka?..
kom slm kat nonong ya..hehhee