24 December 2014

Apa itu steroid

Steroid adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai agen anti radang dan juga merencat sistem pertahanan atau sistem imun seseorang. Steroid digunakan untuk macam-macam penyakit & masalah. Sebab itu kadang2 ubat ini dianggap ubat ajaib atau pil ajaib/magic pill. Makan sahaja steroid macam-macam masalah selesai.

Antara penyakit yang boleh diubati dengan steroid adalah seperti alahan, asma/lelah, bengkak, sakit lutut, penyakit sistemik lupus eritematosus, penggantian organ dan lain2 lagi. Tetapi harus diingat steroid membawa pelbagai jenis kesan sampingan.
Contoh2 ubat steroid ialah prednisolone, hydrocortisone, dexamethasone dan betamethasone. Steroid boleh didapati dalam bentuk tablet/pil, cecair sirap, krim atau salap (ointment) dan juga suntikan.

Di antara kesan2 sampingan steroid:

✔meningkatkan risiko terkena jangkitan kuman
✔ulser perut dan gastrik
✔jerawat
✔melambatkan proses penyembuhan luka
✔kulit menjadi nipis & mudah lebam
✔osteoporosis atau tulang menjadi reput
✔pengumpulan lemak: kegemukan, muka menjadi bulat (moon face), sembap, ✔bonggolan pada belakang badan
✔pertumbuhan badan terbantut di kalangan kanak-kanak
✔meningkatkan tahap gula dalam darah (risiko kencing manis)
✔meningkatkan tekanan darah (risiko darah tinggi akibat pengumpulan air & garam)
✔meningkatkan tahap kolesterol dalam darah (risiko penyakit jantung)
✔meningkatkan selera makan
✔meningkatkan risiko masalah mata seperti katarak
✔gangguan emosi seperti kemurungan, tekanan dan insomnia (susah tidur)

Perkara yang menjadi isu adalah berlambaknya produk2 yang tidak berdaftar yang sesetengahnya dicampur dengan steroid tanpa pengetahuan pengguna. Pengeluar menyatakan produknya adalah tradisional dan dijual di kedai2 runcit terutamanya di kawasan pedalaman, kampung2.

Pengguna biasanya golongan berumur suka mencuba produk macam ni yang dikatakan tradisional tetapi sebenarnya ia dicampur steroid. Bila dimakan ubat tersebut, rasa sakit pun hilang kesan daripada tindakan anti radang steroid. Kemudian pengguna akan kembali mendapatkannya kerana 'amat mujarab'. Tetapi lama kelamaan kesan sampingan pun datang. Muka menjadi sembap, bawah mata menjadi hitam. Tekanan darah meningkat, tahap gula darah meninggi. Akhirnya pelbagai masalah pula timbul seperti penyakit jantung. Terpaksa dimasukkan ke hospital. Di hospital pula, daripada tiada kencing manis, doktor sahkan ada kencing manis. Ujian darah pula menunjukkan buah pinggang pula dah gagal berfungsi, sudah rosak. Semuanya kesan daripada steroid yang diambil tanpa disedari.

Oleh itu, semua pengguna perlu bertindak bijak dan berhati-hati. Jangan mudah terpedaya dengan iklan, testimoni atau dengar cakap orang lain yang tidak bertauliah. Pastikan ubat yang hendak dibeli berdaftar dan mendapat kelulusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kdt : http://noorazlina79.blogspot.com

Alhamdulillah..Produk Shaklee semuanya selamat tanpa bahan-bahan kimia termasuklah steroid ini..

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Norfarina Jaafar
Shaklee ID: 892262
Emel/ YM: farinajaafar@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 0134133609

No comments: