Amalan Mudah Untuk Menambahkan Susu Badan
Amalan Mudah Untuk Menambahkan Susu Badan
1-Baca selawat ke atas Nabi
Sebelum menyusukan anak atau mengepam sus,mulakan dengan membaca bismillah dan selawat . Niatkan supaya susu cukup utk anak.( boleh juga baca selawat seperti selawat dalam tahiyat juga boleh)
2-Baca surah Al Baqarah Ayat 60
Letakkan tangan di payudara , usap dan doa kepada Allah dalam hati agar murahkan rezeki anak dan kita mampu keluarkan susu yang cukup untuk anak, sekurang-kurangnya sehingga anak berusia cukup 2 tahun. InsyaAllah.
3- Perbanyakkan istighfar
Baca astagfirullahalazim. Ulang dan ulang dalam keadaan dalam hati berserah dan berdoa pada Allah. Istighfar ini kita mohon ampun pada Allah , kesali kesalahan kita yang dilakukan terdahulu sedar atau tidak , hati memohon agar dosa-dosa itu tidak menghijab rezeki anak yang masih kecil.
4- Berfikiran positif , positif dan positif.
Jangan cepat panik jika susu berkurang walau anak baru berusia beberapa minggu @ baru 6 bulan awal, susukan seperti biasa walaupun susu tak banyak.Yakin susu akan keluar dan jangan give up.
5-Kerapkan masa menyusu (direct feed)
Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu.Kosongkan payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu dihasilkan lagi. Teori demand and supply – semakin besar permintaan , semakin banyak supplier perlu hasilkan permintaan.
p/s: Menyusukan anak adalah anugerah istimewa yang hanya dapat dinikmati oleh seorang Wanita yang bergelar IBU sahaja. Hargailah dan manfaatkannya sebaikmungkin. Semoga dipermudahkan urusan.
Sumber: Facebook
Amalan Mudah Untuk Menambahkan Susu Badan
Amalan Mudah Untuk Menambahkan Susu Badan
No comments:
Post a Comment