07 February 2011

Bila Farina kembali ke sekolah

Bangun pagi dengan mata bundar akibat kekecewaan semalam...Mama kejut bangun sebab aku terlewat tidur semalam..Kisah duka semalam,,biar aku seorang yang tanggung...Yang pasti,,pagi ini aku kena menjejakkan kaki semula ke sekolah setelah 3 bulan tamat kontrak menjadi guru ganti..Kali ini,,menjadi guru ganti di prasekolah pula..

Bangun² mama sudah sediakan air panas untuk mandi sebab air sangat² sejuk pagi tadi...so touchinggg thankss mama..i u...then aku wondering,,adakah mama dengar aku menangis semalam[?]...T_T..Lepas mandi solat subuh then bersiap² kena pegi sekolah sebab masuk pukul 7.10am..Oleh kerana mata sudah bengkak terpaksa lah aku memakai sedikit eyeshadow untuk men-cover mata ku yang canteek ini..even aku kurang yakin mahu bermake-up sebab pernah my student yang lepas bagi aku kad waktu tu last day aku kat sekolah..sangat shock sebab my student tu tulis macam ni dekat kad tu "ustazah lagi cantik kalau tak pakai makeup"...T_____T sangat touching ada student yang jujur...baiklahh...mulai dari itu aku sudah kurang yakin memakai makeup kerana natural beauty lagi perfect...kwang-kwang-kwang...tapi pagi tadi kena lah bermakeup dan senyum dengan penuh hambar depan cermin...huh[!]..dislike[!]

Hujan renyai² pagi tadi seolah² mengerti perasaan aku yang sangat² sedih tapi aku tetap kuatkan semangat ...sebab aku kena berdepan dengan student² ku yang comel² belaka...ya laa,,budak² prasekolah kot..mestilah comel² kan..hehe...

waktu nih diorang tengah belajar Pendidikan Islam...aku ajar subjek teras saja..

diorang tengah menjamu selera makan pagi yang disediakan oleh pembantu murid kakak asma

See..sangat comel kan mereka..dan walaupun sakit tekak kena bercakap banyak sebab kena ajar diorang lebih sebab diorang ni baru mula mengenal abjad dan angka..jenuh juga kena ulang balik² A until Z dan 1 sampai 10...tapi,,aku tetap fun sebab aku mahu mereka betul² dapat kenal abjad dan angka dengan sepenuhnya...seronok ja rasa..biar penat tapi sangat fun[!]..

Baiklah..esok adalah hari kedua aku bergelar cikgu tadika...mahu sleep dulu nanti susah mahu bangun esok pagi...

Sajian mata terakhir..muka guru tadika yang tak cantik bila pakai makeup..{sighh}

makeup sudah pudar sebab sudah mahu balik rumah...huaa...{penat}

Balik rumah lepas solat zohor aku terus tidur sampai aku tak makan apa² dari pagi..betul lah kata orang bila sedih ni selera makan pun hilang...{mmmppphh}

Penamat entri : Pergilah kesedihan hadirlah kegembiraan

2 comments:

MiSyaJanah said...

slmt jd cikgu dik..^_^

farinajaafar said...

trimasss kak misyaa..=)