20 September 2013

TIPS MEMUJUK ANAK MAKAN


Ramai ibu bapa di luar sana seringkali berdepan dengan masalah anak yang 'Picky Eater' atau lebih dikenali dengan anak yang cerewet dan susah dipujuk untuk makan. Anak-anak lazimnya sukakan makanan yang manis-manis dan 'jajan'. Kalau di suruh makan makanan yang berkhasiat seperti nasi,lauk dan sayuran,anak-anak ini langsung tidak mahu menjamahnya.Saya ingin berkongsi sedikit tips cara 'Memujuk Anak untuk Makan'. Semoga ianya sedikit sebanyak membantu anda semua.

Masak sendiri
Jangan gantikan tugas anda yang satu ini pada orang lain. Sediakan sendiri menu khusus untuk si kecil. Banyak terdapat buku-buku menu masakan yang menyediakan resipi-resipi mudah yang boleh anda cuba sendiri di rumah.
                                                                                                                                 Ajak anak anda masak sekali
Ajak si kecil landa lakukan aktiviti memasak agar anak anda ebih semangat untuk makan.Sebagai contoh,memotong sayur atau membancuh telur dsb yang rinfan-ringan sahaja.Atau apabila ia masih terlalu kecil untuk melakukannya, sekurang-kurangnya biarkan ia melihat proses memasak.

Harus kreatif!
Jangan menyediakan menu seadanya saja. Cuba lah untuk lebih kreatif dan berusaha menyajikan makanan yang unik setiap hari. Misalnya gantikan pinggan si kecil dengan pinggan berbentuk lucu, kemudian gubah menu makanannya sehingga ia tertarik melihatnya. Sekurang-kurangnya memang ia tertarik melihat dulu sebelum memakannya.

Perbanyakkan rasanya
Kalau hanya diberi menu itu-itu saja, tentunya si kecil anda cepat bosan. Ganti menunya sehingga ia tahu mana-mana saja makanan yang ia sukai rasanya. Anda juga jadi tahu selera makan si kecil, sehingga lebih mudah menyajikan makanan sesuai seleranya.

Makan bersama
Anak-anak selalunya tidak mahu makan bila ia hanya makan bersendirian. Biasakan makan bersama sekeluarga setiap hari. Hal ini dapat membuatnya percaya bahawa menu makanan yang disajikan memang enak, dan dia akan makan dengan gembira di samping ayah dan ibunya. Hal ini juga membantu dalam perkembangan sosial anak-anak.

Biasakan makan di meja makan
Kalau anak-anak cerewet, biasanya ibu akan membawanya jalan-jalan sambil makan. Kebiasaan ini menimbulkan pro dan kontra kerana ada baiknya memang anak-anak sedari awal diajar untuk makan di ruang makan. Membiasakannya makan sambil jalan-jalan akan membuatnya jadi lebih cerewet serta sukar diajak makan. Dengan fokus pada makanan di meja, maka ia akan lebih disiplin sehingga dia dewasa.

Sediakan dessert kesukaanya

Sesekali bolehlah anda menyiapkan dessert sebagai hadiah untuknya. Seperti ice cream atau puding warna-warni yang menaikkan selera mereka. Dessert juga boleh dijadikan sebagai reward apabila ia berhasil menghabiskan makanannya. Lama kelamaan dia akan terbiasa menghabiskan makanannya.

With Love,
Farina Jaafar

No comments:

Post a Comment

♥ Dun Forget To Leave ayat² cinta ♥