Since i selalu sgt sakit kepala..almost setiap hari ok..sampaikan i dah jd bff kepada cik activefast itu..activefast memang sangat berkesan..hari² sakit kepala make me worried tahap gila dewa..so i pun google lah bout sakit kepala..and i found diz page yg share sedikit info tentang sakit kepala...
Sakit Kepala
Memahami sakit kepala
Pengenalan Sakit kepala adalah terma yang digunakan untuk menerangkan satu keadaan yang tidak selesa atau sakit yang dirasai di mana-mana bahagian kepala.
Jenis-jenis sakit kepala :
- Sakit kepala akut
- Sakit kepala kronik atau berulang-ulang
- Migrain
- Sakit kepala tegang ( Tension headache )
Sakit Kepala Akut
Sakit kepala berlaku hanya sesekali dikenali sebagai sakit kepala akut. Ini mungkin disebabkan oleh:
- Jangkitan
Jangkitan viral ringan seperti selsema dan demam selsema, termasuk jangkitan penyakit berjangkit yang serius seperti demam denggi, malaria dan demam kepialu.
- Kanak-kanak yang mengalami dengan jangkitan di otak seperti meningitis atau encephalitis mengalami sakit kepala yang teruk serta rasa mengantuk, sawan dan muntah-muntah.
- Masalah gangguan telinga Telinga tersumbat ( glue ears ) dan jangkitan telinga.
- Masalah Sinus
Sinus ialah laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lender. Keadaan ini dikenali sebagai "sinusitis".
- Masalah penglihatan
Sakit kepala boleh juga terjadi apabila otot-otot disekeliling mata menjadi penat. Keadaan ini mungkin berlaku apabila kanak-kanak mengalami masalah rabun dekat atau lapisan korneal yang tidak rata (astigmatism) menyebabkan mereka mengalami ketegangan semasa melihat. "Glaucoma" ialah satu keadaan apabila tekanan di bola mata meningkat dan keadaan ini sekali-sekala menyebabkan sakit kepala
- Masalah Gigi
Gigi bernanah atau jangkitan gusi boleh menyebabkan sakit kepala
Sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berulang-ulangSakit kepala yang berlaku berulangkali atau berterusan dalam jangkamasa yang panjang dikenali sebagai sakit kepala kronik. Kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik atau sakit kepala yang berterusan jarang mendapat masalah gangguan otak yang serius seperti ketumbuhan otak, pembesaran arteri secara berlebihan (aneurysms) atau kemerosotan fungsi otak (degenerative brain disorders ). Gejala yang biasa berlaku ialah muntah, hilang penglihatan, lemah anggota badan, sawan atau kemerosotan ingatan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sakit kepala kronik/berulang-ulang mempunyai migrain atau sakit kepala disebabkan ketegangan.
Migrain
Migrain menyebabkan sakit seperti menyucuk-nyucuk sebelah kepala. Ianya bermula di bahagian dahi dan tepi kepala atau kedua-dua belah kepala. Kanak-kanak juga akan merasa loya dan muntah. Kanak-kanak mungkin mengadu matanya berpinar dan mengangu ketenangan dan keselesaannya. Kanak-kanak yang mengalami migrain lebih selesa dengan suasana yang senyap dan gelap untuk berehat kerana suasana bising dan terang menyebabkan sakit kepalanya semakin teruk.
Sakit kepala tegang ( Tension headache )Sakit kepala ini amat lazim terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai sakit otot kepala dan disebabkan oleh ketengangan otot-otot di bahagian dahi dan tepi kepala. Sakit kepala ini selalunya disebabkan oleh perasaan bimbang, sebarang tekanan emosi atau situasi yang tegang di sekolah atau di rumah
Credit : info sihat
i rasa sakit kepala i ni adalah dalam kategori migrain..HAHA...mmg dr dulu lagi magrain nih tapi takda lah teruk sangat mcm sekarang...sekarang ni i memang dah betul² addict dengan activefast...
jom zoom punca² dan cara meredakan sakit kepala ni..may b kita kena ambil tahu juga..at least dapat lah kita kurangkan sakit kepala kita kan...♥..
PUNCA-PUNCA SAKIT KEPALA Ketegangan Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini. Pengambilan ubat-ubatan Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala. Penyakit Metabolik Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala. Kecederaan kepala Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan. Inflamasi salur darah di kepala dan otak Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid. Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.
PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SERANGAN SAKIT KEPALA Berehat seketika dengan berbaring. Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari. Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika. Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam. Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.
Credit : Gov info sihat
Heeeiipp! Baca,,jgn tak di baca..i tau sangat panjang berjela..i pun malas mo baca..tapi,,i rasa ianya penting utk kita...jadi,,SELAMAT MEMBACA...wink*
No comments:
Post a Comment
♥ Dun Forget To Leave ayat² cinta ♥