02 December 2010

Cinta monyet saya sudah kawen

Debushh[!]

Gila sentimental value betul tittle entry i ni..hehe...errr..isman sama edah jangan mara aaa..nnt cepat tua..he..

Last weekend i wif my Nataso friends ggiey yusof--vujievadut--marliana sim--shanadanielle going to my friends wedding ceremony at kg.pimping membakut and pilajau beaufort....

pergghhh[!] wallaweeyy...bunga farin mengarang dalam english macam i tak percaya saja[!]..abaikan..abaikan...

Tidak mengapa,,i akan cuba perbetulkan semula ayat i kerana i tau i tidak pandai mengarang blog dalam english kerana itu akan menyebabkan blog i kucar kacir tunggang langgang..

Hujung minggu lepas,,i bersama kawan² Nataso i pergi ke majlis perkahwinan kawan kami Isman & Edah...Isman and Edah ni adalah frens i since form4 dekat skul Limauan dulu...Kawan i ggiey ditemani kawan si jejaka kujai datang seawal jam9am menjemput i dekat rumah tatkala pintu pagar rumah i masih lagi berkunci..punya awal dorang datang sampai kelam kabut i dibutnya..Majlis bersanding adalah di rumah pengantin perempuan di beaufort..Tapi,,sebelum kami pergi ke beaufort kami sempat bersarapan di rumah pengantin lelaki Ak.Norisman di membakut disamping menjenguk beliau di bilik pengantin manalah tahu beliau berbesar hati memberi kami sedikit wang saku..haha...Kemudian,,kami bertolak ke beaufort menaiki QMP vujievadut..sesampai nya kami di rumah pengantin perempuan Nurul Edah kami terus menyerbu ke bilik pengantin...setelah berborak sedikit² saja kerana tidak mahu mengganggu pengantin,,dan memberi hadiah..kami pun keluar untuk menjamu selera sambil bercerita-cerita..berketawa-ketawa tanpa mempedulikan pandangan jelingan dan renungan orang lain...Oh ya..

Buat sahabat i Isman and Edah...wish u Happy² Alaways...Selamat Pengantin Baru..semoga kekal bahagia hingga akhir hayat...Amin...

i sudah mengantuk...mari kita layan saja gambar yg sempat i ambil...


 The bride
 vujie--ggiey--me--edah--mar

 me--vujie--mar
 shana--ggiey
 Isman--Edah
like ur smile edah..wink*
 Congratss both of u..('__')/
 KKS i---kawankaribselamanya
Haha..menyempat lagi..


penutup entri : Bahagia bila melihat kawan² i bahagia...
mereka telah berdua bersama...i telah bersatu bersama..Eh[?]..




01 December 2010

Surat cinta buat my future Husband


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..


Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..
 

Dramatis tak ayat i?..menyentuh perasaan sampai ke buku lali lubuk hati bila i membacanya...i copy paste ja...wink*...i mana la pandai buat ayat² dramatis menyentuh jiwa ni..tapi,,jauh dari sudut hati kecil i...i juga mahu tujukan warkah tinta alam maya ini buat my future husband yang belum diketahui siapa dia jejaka bertuah itu...namun,,i harap jodoh i dengan mr.adiee berkekalan hingga ke akhir hayat... 

sayang..I LOVE U




kesayangan saya


Nama beliau : Hitam
Asal : Putatan,KK
Jantina : Playgurl
Status : Become a hot mama[!]

abaikan saya yang memakai baju tidur...ngee~
.
.
.
.
.






23 November 2010

Boleh saya berkawan dengan kamu sampai bila2?



Mukadimah : Sila baca tajuk entri i ala² iklan 'Milo' itu ya[!]

Mood : Merindui sahabat² i...

"walau berada jauh dimata,,namun dekat di Facebook hati"...

Buat sahabat² sekalian...masa sudah beredar...Tahun sudah berganti tahun...usia kita juga semakin meningkat tua dewasa..detik² manis dan pahit,,suka dan duka akan terus daku ingati sampai bila²...

Sahabat,,,
Dunia itu penuh onak duri...apa pun rintangannya...daku berharap agar kalian bisa mengharunginya dengan tenang...apa pun cobaan dan kesulitan dalam hidup,,,hadapinya dengan penuh rasional dan bertawakallah kepada-Nya...kerana kita ada DIA...sesulit mana pun dugaan itu,,pasti ia ada hikmahnya...hari ini kita di uji agar kita menjadi seorang yang tabah..okei...jadi,,kita harus kuat[!]...

Sahabat,,,
apa pun kenangan pahit yg pernah kita lalui bersama,,daku berharap ianya tidak akan disimpan di dalam hati...itu lah cabaran dalam persahabatan namanya...namun,,semua itu tidak akan membuatkan daku terus diam dari persoalan ini---> "Bolehkah saya berkawan dengan kamu sampai bila²[?]".....

Mungkin kita semakin jauh....jarang ketemu..dan entah bila saat pertemuan itu lagi...kerana,,kita semua masing² sudah mempunyai komitmen sendiri...namun,,walaupun sudah jarang ketemu....kita masih berada dekat di ingatan abadi...

Sahabat....."Boleh saya berkawan dengan kamu sampai bila²[?][?]

sorry june,,i curi ur pic...hehe




Terima kasih kerana sudi berkawan  dengan diriku......(-_-)v