07 December 2012

10 perkara yang boleh menggagalkan penyusuan susu ibu sepenuhnya


Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:



1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.. 

06 December 2012

Hari-hari yang busy di minggu ini

Assalammualaikum..


Minggu ni sangat lah sibuk..so tiada masa update blog..ni pun tengah curi masa sekejap mau update juga..sementara aqil tak bangun lagi..rasanya sekejap lagi dia bangun sebab dia sudah gerak sikit-sikit..oleh sebab mama tidurkan aqil tiarap,,jadi bila dia terjaga,,dia akan tidur balik..

Minggu ni sangat sibuk sebab ari isnin hari tu pegi lawat baby damia..my schoolmate punya baby..dia baru delivery..so pegi la lawat dia sementara dia ada dekat cyber city ni..tak jauh pun dari rumah ku..sebelah aja..so pegi la melawat baby damia bersama baby aqil..lepak-lepak lama sikit sambil cit cat story mory..

Then malam nya pegi celebrate bufday cazen dekat restoran d'la 8..dekat luar tu aja..dekat saja..oleh sebab datuk aku mau operate so diorang dr kg stay dekat kk..stay dekat umah kakak dekat ganang villa..sbb esok pagi-pagi lagi dah kena pegi hospital..datuk mau operate mata..



Selasa,,seharian berada di rumah kakak..sbb semua family ada berkumpul..cazen mazen pakci makcik..bapa mama pun ada..oleh kerana keluarga sebelah mama ni ramai..so jadi riuh rendah la..gamat rumah dgn gelak tawa..bila berkumpul macam ni rasa happy sangat..

Rabu..pegi bawa aqil review 2bulan dekat klinik petagas.. supposedly kena appointment doktor n jarum 2bulan..tapi satu apa pun xjadi..doktor bercuti..diorang kata sdah call maklum kan doktor cuti..tapi tak ada pun aku dpt terima panggilan tu..dan miss call pun tiada langsung..hemmm...then,,xpala..kalau xjmpa doktor,,jarum baby aqil saja n review 2bulan...dah timbang n sukat..berat baby aqil naik dr 3.5kg pegi 4.2kg saja..mama ingat blh lah naik 1kg..pegi 4.5kg...kurg 300gm pula..then tinggi aqil 56cm...dia dah meninggi sekarang...BMI nya pula yg susut..nurse kata mungkin mama kurg makan nasi..memang la..makan nasi sehari sekali saja..sbb siang mmg xsempat mau masak..tapi tadi papa belikan lauk dekat luar..mama kena makan tgahari juga..demi baby aqil..pas tu..baby aqil xblh kena jarum pula sbb suhu badan ada sedikit tinggi..37.7c..aduh..soo kena dtg lagi next week hari jumaat utk jarum aqil..appointment doktor pula kena la buat bulan depan sbb bulan ni sdh penuh..hemmmmmm...nasib baik baby aqil 1bulan hr tu dah bw pegi jmpa doktor dekat Rafflesia..so xla bimbang sangat..Apa Poonn X bolehh!!..bengang pun ada bila anak kita terabai mcm ni..mau jumpa doktor pun susah..

okei lah..dah masuk waktu asar..sebelum baby aqil bangun baik aku pegi solat dulu..


Assalam..