29 November 2012

Waiting for my parcel

Bongek-bongek bah line P1 ni malas aku[!]..Time mau publish ja mesti dia bingung-bingung..ingat belum terpublish..rupanya nahh kau ambikkk bejurut story pasal family planning..bikin malu aku saja..update story pasal family planning sampai 10 entry yang sama..ish ish..

Eh HAI PEEPSS[!]..

Macam biasalah..bila update blog ja mesti baby aqil tengah ayu sleeping sweet dream..aku terpaksa tidurkan dia tiarap sebab kalau aku tidurkan terlentang or mengiring dia akan cepat bangun..tidur tak sampai 10 minit tebangun..kesian..kalau aku tidur macam tu sudah diserang pain head..apakah[?]..itu lah..sakit kepala..haaa..kalau org tua dewasa macam aku laa..kalau budak-budak baby macam aqil tak tahu lah pula..sakit kepala kah juga tu aa[?]..erm..mungkin rasa tak senang lah kan asyik tebangun-tebangun saja..baru mau mimpi indah..sudah tekejut tebangun..kalau mengeliat lagi..haa ambik[!] terus menjerit menangis..orang tua-tua kata,,kalau baby kuat mengeliat ni bajunya kena perah kuat-kuat time mencuci..kalau orang dulu-dulu cuci baju baby..tak payah perah sampai bepulas-pulas..sikit-sikit saja...ni orang sekarang..bukan lagi pakai pulas..nah kau ambik pakai mesin terus..patutlah menggeliat sampai mau tepusing badan..hihi..entah lah..kiasan dan kebetulan saja kot..atau pun hanya mitos semata..Allahuallam..

Aku tengah tunggu barang pos yang aku beli dekat on9..beli tight baby aqil..senang sikit mau bawa dia jalan-jalan tak payah usung selimut lagi..dah la dia suka begerak-gerak..kadang-kadang aku yang mengangkat dia jadi cuak sebab takut jatuh..mana dengan selimut yang membaluti dia lagi..payah bebeno..so,,kalau ada tight ni,,kasi pakai ja sama rompers or sleeve suit sdh blh bawa dia pg shopping complex..rasa panas sedikit berbanding memakai baju tshirt dan seluar pendek..

Tapi yang di tunggu-tunggu dari kelmarin ni tak juga tiba..haaiihhh lambat sangattt!!..aku sudah tidak sabar ni mau melihat hasil membuang duit ku..hihi...mama dia yang terlebih excited..harap-harap lah comel tu tight..takut pula indah khabar dari rupa..dalam gambar bukan main cantik..sekali real,,mamposs!!..hidup segan mati tak mahu bidakknyaaa...

Sejak ada baby aqil ni..aku rajin sangat dah cuci mata tengok barang-barang baby..mana ke shopping complex..mana on9..hermmm geram ja tengok.nasib tiada duit berjuta..kalau tidak..semua aku rembat..semua comel-comel belaka..nasib baik dapat kawal lagi..tu sebab tiada duit..hahah..kalau ada duit..tiap-tiap hari mungkin tu pakcik pos datang rumah hantar barang..sampai dia kenal dah sama aku...regular customer..haha..asyik beli barang baby alih-alih mama sama papa dia pakai baju buruk ja..hihi..

kbai[!]

Family Planning Part II


Hello hello..

Haa..dah servay pun pasal family planning..tapi tak buat keputusan lagi..hikhikhik..either mau ambil pil perancang Noriday or Suntikan Depo provera nih..haihh laaa runsing-runsing..hihi..ni gara-gara takut terbabas punya pasal..kalau bersalin normal,,terbabas tu tak kisah..kira tu rezeki dr Allah..tapi kalau czer ni,,bukannya menolak rezeki..tapi takut-takut memudaratkan diri sendiri..kan Allah itu tidak suka dengan orang yang menzalimi diri sendiri..karang tak pasal-pasal rahim koyak sebab luka dekat dalam tu tak sembuh lagi kan..

So,,dah bulat-bulat aku reject pil yasmin sebab aku sekarang fully bf baby aqil..tak kisah laa pil yasmin ni bagi cantik dan gebu kulit dan tidak menggemukkan bagai asal aku dapat teruskan niat aku mau bf baby aqil until 6bulan-2thn insyaAllah..tak kisah lah tak cantik..janji anak aku terjaga..sihat..so suami,,sila memahami jika isteri mu ini kurang cantik ya..hihi..

oh ya..sedikit info..


IMPLAN (IMPLANON)

Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.
Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks.Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.
Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.
Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut.Implan akanmempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu atau tiada haid.
Pengeluaran implan
Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.
Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.
Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.
IUCD Multiload Cu250 atau Cu375
IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid.Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.
Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala
Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akanmemotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.
Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal 
Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)

Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor.Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.
IUCD Mirena
IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.
PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim. 
Cara pengambilan pil Noriday

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu. 
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang sama setiap hari.Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil. 
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan caraalternatif selama 14 hari. 
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang. 
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).

Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut 
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakancara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil. 
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikancara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.

Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu darasetiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.
SUNTIKAN DEPO
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo.Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya.Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Iajuga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual. 
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.
PIL PERANCANG KOMBINASI
Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.
Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.
Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin
Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:
1) merokok
2)penyakit kencing manis
3)penyakit darah tinggi
4)pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
5)penyakit hati
6)migraine
7)pernah mengalami darah beku dalam salur darah
8)pernah mengalami kanser payudara
9)mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut 
Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor.Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.

Cara-cara lain yang tidak kekal:
1)Kondom lelaki atau wanita
2)Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
3)Vaginal ring mengandungi hormon
4)Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu
Cara-cara lain yang kekal:
1)"Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong
2)"Vasectomy" bagi kaum lelaki


Haa..tu lah sedikit sebanyak info yang berguna untuk rakan-rakan yang ingin membuat family planning..so,,timbang-timbang dulu sebelum buat keputusan..sebab yang menggunakan adalah diri kita..okei..

28 November 2012

Family Planning

Hello peepss!!

Baby aqil dah tidur..macam biasa mama nya akan beronline..rajin-rajin tu update la blog..semua kerja rumah sudah selesai..so,,boleh lah update dengan jaya nya..

Hari ni aku mau discuss about Family Planning..Dengan rasa sedih aku terpaksa buat family planning dengan menggunakan kaedah-kaedah yang ada..ikut hati mahu plan sendisi saja tanpa menggunakan sebarang kaedah pil perancang,,suntikan,,kondom or etc..namun,,akibat pembedahan yang dilalui semasa melahirkan baby aqil..aku dan suami terpaksa memilih salah satu kaedah yang ada..kalau bersalin normal,,tiba-tiba termengandung pun tak pa..tapi ni czer..atas nasihat doktor..perlu berehat dari mengandung atleast selama 2-3years...oh my!..so,,tidak mengapa..cukup umur baby aqil 1yrs11month..aku akan stop merancang..so,,baby aqil 2yrs insyaAllah kalau ada rezeki mahu preggy balik...Ya Allah mudah-mudahan ada rezeki..

So,masih dalam keadaan bingung-bingung mau guna kaedah apa..baru-baru ni my sist in law ada datang rumah..she is a nurse..story-story..then tiba-tiba dia tanya...sudah makan pil perancang?..aku dengan malu-malu.."belum"..hihi..apa pun aku belum ambil lagi..dan still on pantang lagi..hari ni baru 60 hari..rasanya mahu pantang selama 100 hari..bagi pulih betul-betul dulu..untuk kesihatan dalaman juga kan..hihi..atas nasihat beliau..dia suruh makan pil perancang..mula-mula cakap dekat dia mau ambil suntikan..tapi dia tak bagi sbb still muda lagi..dia kata kalau ambil suntikan,,nanti akan menyebabkan kesuburan kurang..so susah mau preggy balik..kalau mau preggy balik kena ambil pil kesuburan lagi..so dia suggest ambil pil perancang saja..and dia suggest lagi pil perancang yasmin..its better than pil perancang yang lain..sebab dia tiada side effect kepada badan n kulit..namun,,after i google-google,,ramai juga yg prefer pil yasmin..tapi ada satu yang buat aku ragu-ragu bila ada yg mengatakan akan mengurangkan pengeluaran air susu..oh my!!..aku mau bg fully bf my baby aqil insyaAllah sampai dia 2thn..kalau makan pil yasmin ni..tak ke haru jadinya niat baik aku ni..terus aku blur-blur...pil yasmin ni harga dia mahal la..dalam rm55 macam tu..rasanya dekat guardian ada jual..tapi aku belum pegi cari lagi...

Erm..susah juga kan kalau tiada experience ni..tapi my mum pun tak suh ambil suntik..dia suruh makan pil jgak..may b sbb tu jgak kot..takut kurang kesuburan..

Nanti kalau aku dah buat keputusan dan sudah buat timbang-timbang nanti aku kongsikan dekat sini ya...okeylah..baby aqil sudah bangun..sekejap saja dia tidur..mau menyusu la tu..hihi..makin gemuk dah anak mama ni..

ok bai!

27 November 2012

Di beri nama Muhammad Aqil Amsyar

Assalammualaikum..w.b.t..

Alhamdulillah baby aqil dah tdo..baru habis menyusukan dia dan manja-manja dgn dia..so mama sudah boleh on9..hihi..papa tgh makan..dia baru balik dari main badminton..nak maintain badan katanya..hihi..biarlah..beri sedikit ruang untuk dia bergaul and relaxing dgn kawan-kawan dia..takkan lah asyik 24 jam nak berkepit ja kan..dah la penat kerja..bagi lah ruang dia sekali sekala untuk bersantai..bukan selalu..seminggu sekali ja...

Ok lah..hari ni terasa ingin ber'story' tentang kelahiran anak sulung ku..yang di beri nama Muhammad Aqil Amsyar bin Amiezan...haha..panjang nama dia..nama papa dia seciput je pendeknya..susah la cikgu dia mo panggil nanti..hihi..

Kisahnya..sebenarnya masa mengandungkan baby aqil ni..2 kali dah mama dia ni kena warded sebab sakit-sakit..masuk hospital then keluar balik sebab pintu rahim tak bukak lagi..so,,mungkin tu la kontraksi palsu agaknya..biasalah anak pertama ni..tak ada pengalaman lagi..nervous lagi satu hal..hihi..padahal kalau dah ada tanda-tanda pun sempat lagi agaknya ke hospital..hospital pun bukan jauh sangat..dalam 20 minit ja..

Tapi..memandangkan mama aqil ni dah overdue..sepatutnya due 30/9..tapi still tak da tanda-tanda lagi..just sakit-sakit pinggang macam tu ja..terdetik la di hati ni mau bawa ke Rafflesia Medical Center..ni hospital swasta..tak plan pun mau bersalin di sini sebab tak simpan pun bajet beribu utk bersalin di sini memandangkan hanya si suami saja yang bekerja..plan mau bersalin di hospital kerajaan ja..tapi every month memang check up dekat RMC..bayaran dia pun ok juga dalam RM60 la sebulan..boleh la..scan baby dan boleh tgk perkembangan dia setiap bulan..siap doc buat scan 3D lagi..hihi..memang excited gila tgk scan 3D tu..dan membuatkan mama tak sabar utk melahirkan baby aqil..

Melalut sudah..hihi..so,,pada pagi 1/10 tu..aku pegi dulu review dekat klinik kesihatan sbb memang tiap-tiap minggu start 36wks kna review dekat kkia..nurse mo suh pegi jmpa doktor dekat kkia..tapi aku request besoknya sbb aku tgh rush utk appointment dekat RMC..Dalam perjalanan tu dengan kereta suami yang melambung-lambung...perut aku asyik mengeras ja..tapi takla sakit..cuma mengeras-ngeras..aku siap cakap dekat suami..entah-entah baby ni mau dilahirkan dekat RMC kot..hihi..sampai-sampai kat RMC terus pegi kaunter n nurse terus suh pg toilet ambil sample urine n check BP..then terus bawa pegi naik atas..sampai kat atas terus nurse suruh baring dekat katil dekat wad..buat CTG..sementara tunggu doktor sampai check..macam biasa bila check CTG memang sangat memenat dan melenguhkan..hihi..then doktor dtg check..dia kata ada kontraksi..then check pintu rahim dah bukak 2cm..doc siap tanya lagi mau bersalin di gov ka di RMC..sbb dia mmg tau plan kami mau bersalin di gov..sbb tiap-tiap bulan ada review dgn doc ni cuma dah bgtau dia mau brsalin di gov..so,,dia ckp kalau mau bersalin di hospital beaufort sempat lagi..sbb pintu rahim baru buka 2cm..tapi doc tu mcm resah je..dia selagi kami tak buat keputusan dia akan masuk bilik then tanya kputusan kami..kesian dekat doc mst dia risau dekat baby dkt dlm perut mama ni..so,,kami buat kputusan kami bersalin dekat situ..nmpak ceria sikit muka dia..so doc terus proceed dgn pecah ketuban n drip induce..ya Allah..sakitnya yang amat sangat..aku hanya mampu berdoa..selawat..zikir dan macam-macam aku baca...doc dan nurse selang 5-10 minit dtg cek..serius dia sangat caring..nanti anak kedua terus buat keputusan mau deliver di sana lagi..hihi...then,,jam5pm..bukaan pintu rahim still 2cm..doc buat keputusan untuk operate sbb dah pecah ketuban n induce.. supposedly dah bukak 5/6 cm..

Aku ngan suami dah cuak..pikir pasal baby..pikir lagi pasal kewangan..ye la..mau operate bukan murah cik kak..kena jugak 3-4 ribu..kami tak prepare duit pun sebanyak tu..kad kredit adalah..doc pun mcm biasa..sudah resah menunggu keputusan patient nya...lepas bincang ngan parents so bapa kata proceed la buat operation..bapa still on the way lagi dr kampung..so,,buat keputusan..terus masuk labor room..suami sdh resah di luar..resah sampai tak senang duduk..sambil baca surah Yaasin katanya..berdoa semoga isteri dan anak selamat..

Alhamdulillah..tak sampai 30 minit..mama sudah selamat melahirkan baby melalui operation dengan berat 2.55kg..rupanya tali pusat baby sangkut dekat leher..patutlah dia tak boleh mau turun..nasib baby tak lemas..alhamdulillah..tergerak hati mau pegi RMC..kalau asyik tunggu dekat hospital gov ntah macammana la keadaan baby..dah la anak first..bersyukur sangat..suami kata..tak apalah..duit boleh di cari..asal mama n baby dua-dua selamat..Alhamdulillah..

So sekarang aku sudah hari ke 59 berpantang operation..setakat ni keadaan ok..cuma sakit sikit kalau batuk dan bersin..luka pembedahan di luar pun sudah kering..dan kemas saja..tapi luka di dalam entah lah macammana..mudah-mudahan semakin pulih...pantang makan yang seafood dan telur..yang lain aku dah bedal..hihi..cuma yang sejuk-sejuk aku pantang lagi sebab sekarang fully bf baby aqil..

Sampai sekarang perkataan Alhamdulillah tu tak lekang di bibir ku sejak aku dan baby dah selamat kedua-dua nya...Alhamdulillah...

Ni first gambar baby aqil kata suami..waktu baby aqil keluar dari labor room..dia nangis pas tu kena letak dekat katil tu then di beri cahaya lampu..pastu baby aqil tidur..


Comel je rase..rindu pula time baby aqil masa lahir..sekarang baby aqil sudah 1bulan lbih...minggu depan msuk 2 bulan..kejap je rasa..Semoga baby aqil membesar dengan sihat dan cergas..jadi anak yang baik ye sayang..mama papa sayang baby aqil sangat-sangat..engkaulah permata hati mama papa..yang memberi kebahagiaan dalam hidup mama papa..engkaulah segalanya..Muhammad Aqil Amsyar..

23 November 2012

23/11/2012

Hai there..Im back..macam tetiba ja rajin mau menghupdate bagai..ntah semangat apakah yang hinggap atau kah hanya ingin berkongsi sedikit rasa..hihi..abaikan..jangan heran mood menulis sekarang macam biskut chipsmore..sekejap ada sekejap tiada...bila ingin mengupdate lepas tu baru menulis tajuk tiba-tiba idea bagai disambar petir tatkala mendengar tangisan si kecil..hah sudah!..tinggallah idea ku tamat di situ hilang di mamah masa..[mengarut!]..

Sudah pukul 2pagi..erk aku belum tidur lagi..mengantuk juga tapi sukar melelapkan mata..mungkin kurang selesa kerana pundi kencing selalu penuh dan aku rasa sekarang seperti hamil 36minggu bila menjadi pengunjung setia toiletrooms...apa tidak nya,,setiap masa dengan botol air nya..dan minum lah berliter-liter air dalam sehari sebab aku tengah breast feeding..yaahh[!]..dgn bangga nya..AKU BREASTFEEDING[!]..siapa tak bangga bila memberi hak yg sepatutnya kpd si kecil..disamping dia sangat-sangat manja dengan mama nya bila diberi bf..kalau di beri minum susu fm,,si kecil mau ja dgn semua orang hinggakan si mama tiada kesempatan mau bermanja dgn anak sendiri..so bila bf,,si kecil asyik mau mama saja..hihi..ye la,,mau tinggalkan baby sekejap ja pun sdh rindu apatah lagi bila si baby di pegang oleh org lain dgn terlalu lama..mama dpt pandang saja..tak sanggup den..hehe..[kedekut]

Baby Aqil lena tidur..papa pergi outstation tawau..hari ni yaya teman mama dan baby aqil tidur..

Erk..macam tetiba rasa pening..mayb sudah terlalu lewat..nanti update lagi..InsyaAllah..kalau ada masa..banyak ja idea mau update tiap hari..terutama rutin harian baby aqil..tapi,,sekarang baby aqil sangat manja dan tak boleh mau berenggang dengan mama..asyik mo menampal saja...so,,mama tak blh berbuat apa-apa..mandi lewat,,makan siang tidak,,solat kena cepat-cepat..hadui la baby aqil..sangat manja..kdg-kdg buat mama geram..tapi mama faham perasaan baby aqil..dia kecil lagi..inginkan perhatian dan kasih sayang...

klah..sangat mengantuk..

kbai!