07 December 2012

10 perkara yang boleh menggagalkan penyusuan susu ibu sepenuhnya


Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:



1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki.. 

06 December 2012

Hari-hari yang busy di minggu ini

Assalammualaikum..


Minggu ni sangat lah sibuk..so tiada masa update blog..ni pun tengah curi masa sekejap mau update juga..sementara aqil tak bangun lagi..rasanya sekejap lagi dia bangun sebab dia sudah gerak sikit-sikit..oleh sebab mama tidurkan aqil tiarap,,jadi bila dia terjaga,,dia akan tidur balik..

Minggu ni sangat sibuk sebab ari isnin hari tu pegi lawat baby damia..my schoolmate punya baby..dia baru delivery..so pegi la lawat dia sementara dia ada dekat cyber city ni..tak jauh pun dari rumah ku..sebelah aja..so pegi la melawat baby damia bersama baby aqil..lepak-lepak lama sikit sambil cit cat story mory..

Then malam nya pegi celebrate bufday cazen dekat restoran d'la 8..dekat luar tu aja..dekat saja..oleh sebab datuk aku mau operate so diorang dr kg stay dekat kk..stay dekat umah kakak dekat ganang villa..sbb esok pagi-pagi lagi dah kena pegi hospital..datuk mau operate mata..



Selasa,,seharian berada di rumah kakak..sbb semua family ada berkumpul..cazen mazen pakci makcik..bapa mama pun ada..oleh kerana keluarga sebelah mama ni ramai..so jadi riuh rendah la..gamat rumah dgn gelak tawa..bila berkumpul macam ni rasa happy sangat..

Rabu..pegi bawa aqil review 2bulan dekat klinik petagas.. supposedly kena appointment doktor n jarum 2bulan..tapi satu apa pun xjadi..doktor bercuti..diorang kata sdah call maklum kan doktor cuti..tapi tak ada pun aku dpt terima panggilan tu..dan miss call pun tiada langsung..hemmm...then,,xpala..kalau xjmpa doktor,,jarum baby aqil saja n review 2bulan...dah timbang n sukat..berat baby aqil naik dr 3.5kg pegi 4.2kg saja..mama ingat blh lah naik 1kg..pegi 4.5kg...kurg 300gm pula..then tinggi aqil 56cm...dia dah meninggi sekarang...BMI nya pula yg susut..nurse kata mungkin mama kurg makan nasi..memang la..makan nasi sehari sekali saja..sbb siang mmg xsempat mau masak..tapi tadi papa belikan lauk dekat luar..mama kena makan tgahari juga..demi baby aqil..pas tu..baby aqil xblh kena jarum pula sbb suhu badan ada sedikit tinggi..37.7c..aduh..soo kena dtg lagi next week hari jumaat utk jarum aqil..appointment doktor pula kena la buat bulan depan sbb bulan ni sdh penuh..hemmmmmm...nasib baik baby aqil 1bulan hr tu dah bw pegi jmpa doktor dekat Rafflesia..so xla bimbang sangat..Apa Poonn X bolehh!!..bengang pun ada bila anak kita terabai mcm ni..mau jumpa doktor pun susah..

okei lah..dah masuk waktu asar..sebelum baby aqil bangun baik aku pegi solat dulu..


Assalam..

29 November 2012

Waiting for my parcel

Bongek-bongek bah line P1 ni malas aku[!]..Time mau publish ja mesti dia bingung-bingung..ingat belum terpublish..rupanya nahh kau ambikkk bejurut story pasal family planning..bikin malu aku saja..update story pasal family planning sampai 10 entry yang sama..ish ish..

Eh HAI PEEPSS[!]..

Macam biasalah..bila update blog ja mesti baby aqil tengah ayu sleeping sweet dream..aku terpaksa tidurkan dia tiarap sebab kalau aku tidurkan terlentang or mengiring dia akan cepat bangun..tidur tak sampai 10 minit tebangun..kesian..kalau aku tidur macam tu sudah diserang pain head..apakah[?]..itu lah..sakit kepala..haaa..kalau org tua dewasa macam aku laa..kalau budak-budak baby macam aqil tak tahu lah pula..sakit kepala kah juga tu aa[?]..erm..mungkin rasa tak senang lah kan asyik tebangun-tebangun saja..baru mau mimpi indah..sudah tekejut tebangun..kalau mengeliat lagi..haa ambik[!] terus menjerit menangis..orang tua-tua kata,,kalau baby kuat mengeliat ni bajunya kena perah kuat-kuat time mencuci..kalau orang dulu-dulu cuci baju baby..tak payah perah sampai bepulas-pulas..sikit-sikit saja...ni orang sekarang..bukan lagi pakai pulas..nah kau ambik pakai mesin terus..patutlah menggeliat sampai mau tepusing badan..hihi..entah lah..kiasan dan kebetulan saja kot..atau pun hanya mitos semata..Allahuallam..

Aku tengah tunggu barang pos yang aku beli dekat on9..beli tight baby aqil..senang sikit mau bawa dia jalan-jalan tak payah usung selimut lagi..dah la dia suka begerak-gerak..kadang-kadang aku yang mengangkat dia jadi cuak sebab takut jatuh..mana dengan selimut yang membaluti dia lagi..payah bebeno..so,,kalau ada tight ni,,kasi pakai ja sama rompers or sleeve suit sdh blh bawa dia pg shopping complex..rasa panas sedikit berbanding memakai baju tshirt dan seluar pendek..

Tapi yang di tunggu-tunggu dari kelmarin ni tak juga tiba..haaiihhh lambat sangattt!!..aku sudah tidak sabar ni mau melihat hasil membuang duit ku..hihi...mama dia yang terlebih excited..harap-harap lah comel tu tight..takut pula indah khabar dari rupa..dalam gambar bukan main cantik..sekali real,,mamposs!!..hidup segan mati tak mahu bidakknyaaa...

Sejak ada baby aqil ni..aku rajin sangat dah cuci mata tengok barang-barang baby..mana ke shopping complex..mana on9..hermmm geram ja tengok.nasib tiada duit berjuta..kalau tidak..semua aku rembat..semua comel-comel belaka..nasib baik dapat kawal lagi..tu sebab tiada duit..hahah..kalau ada duit..tiap-tiap hari mungkin tu pakcik pos datang rumah hantar barang..sampai dia kenal dah sama aku...regular customer..haha..asyik beli barang baby alih-alih mama sama papa dia pakai baju buruk ja..hihi..

kbai[!]

Family Planning Part II


Hello hello..

Haa..dah servay pun pasal family planning..tapi tak buat keputusan lagi..hikhikhik..either mau ambil pil perancang Noriday or Suntikan Depo provera nih..haihh laaa runsing-runsing..hihi..ni gara-gara takut terbabas punya pasal..kalau bersalin normal,,terbabas tu tak kisah..kira tu rezeki dr Allah..tapi kalau czer ni,,bukannya menolak rezeki..tapi takut-takut memudaratkan diri sendiri..kan Allah itu tidak suka dengan orang yang menzalimi diri sendiri..karang tak pasal-pasal rahim koyak sebab luka dekat dalam tu tak sembuh lagi kan..

So,,dah bulat-bulat aku reject pil yasmin sebab aku sekarang fully bf baby aqil..tak kisah laa pil yasmin ni bagi cantik dan gebu kulit dan tidak menggemukkan bagai asal aku dapat teruskan niat aku mau bf baby aqil until 6bulan-2thn insyaAllah..tak kisah lah tak cantik..janji anak aku terjaga..sihat..so suami,,sila memahami jika isteri mu ini kurang cantik ya..hihi..

oh ya..sedikit info..


IMPLAN (IMPLANON)

Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.
Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks.Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.
Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.
Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut.Implan akanmempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu atau tiada haid.
Pengeluaran implan
Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.
Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.
Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.
IUCD Multiload Cu250 atau Cu375
IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid.Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.
Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala
Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akanmemotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.
Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal 
Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)

Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor.Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.
IUCD Mirena
IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.
PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim. 
Cara pengambilan pil Noriday

Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu. 
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang sama setiap hari.Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil. 
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan caraalternatif selama 14 hari. 
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang. 
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).

Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut 
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakancara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil. 
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikancara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.

Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu darasetiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.
SUNTIKAN DEPO
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo.Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya.Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Iajuga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual. 
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:

o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.
PIL PERANCANG KOMBINASI
Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.
Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.
Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin
Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:
1) merokok
2)penyakit kencing manis
3)penyakit darah tinggi
4)pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
5)penyakit hati
6)migraine
7)pernah mengalami darah beku dalam salur darah
8)pernah mengalami kanser payudara
9)mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut 
Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor.Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.

Cara-cara lain yang tidak kekal:
1)Kondom lelaki atau wanita
2)Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
3)Vaginal ring mengandungi hormon
4)Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu
Cara-cara lain yang kekal:
1)"Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong
2)"Vasectomy" bagi kaum lelaki


Haa..tu lah sedikit sebanyak info yang berguna untuk rakan-rakan yang ingin membuat family planning..so,,timbang-timbang dulu sebelum buat keputusan..sebab yang menggunakan adalah diri kita..okei..

28 November 2012

Family Planning

Hello peepss!!

Baby aqil dah tidur..macam biasa mama nya akan beronline..rajin-rajin tu update la blog..semua kerja rumah sudah selesai..so,,boleh lah update dengan jaya nya..

Hari ni aku mau discuss about Family Planning..Dengan rasa sedih aku terpaksa buat family planning dengan menggunakan kaedah-kaedah yang ada..ikut hati mahu plan sendisi saja tanpa menggunakan sebarang kaedah pil perancang,,suntikan,,kondom or etc..namun,,akibat pembedahan yang dilalui semasa melahirkan baby aqil..aku dan suami terpaksa memilih salah satu kaedah yang ada..kalau bersalin normal,,tiba-tiba termengandung pun tak pa..tapi ni czer..atas nasihat doktor..perlu berehat dari mengandung atleast selama 2-3years...oh my!..so,,tidak mengapa..cukup umur baby aqil 1yrs11month..aku akan stop merancang..so,,baby aqil 2yrs insyaAllah kalau ada rezeki mahu preggy balik...Ya Allah mudah-mudahan ada rezeki..

So,masih dalam keadaan bingung-bingung mau guna kaedah apa..baru-baru ni my sist in law ada datang rumah..she is a nurse..story-story..then tiba-tiba dia tanya...sudah makan pil perancang?..aku dengan malu-malu.."belum"..hihi..apa pun aku belum ambil lagi..dan still on pantang lagi..hari ni baru 60 hari..rasanya mahu pantang selama 100 hari..bagi pulih betul-betul dulu..untuk kesihatan dalaman juga kan..hihi..atas nasihat beliau..dia suruh makan pil perancang..mula-mula cakap dekat dia mau ambil suntikan..tapi dia tak bagi sbb still muda lagi..dia kata kalau ambil suntikan,,nanti akan menyebabkan kesuburan kurang..so susah mau preggy balik..kalau mau preggy balik kena ambil pil kesuburan lagi..so dia suggest ambil pil perancang saja..and dia suggest lagi pil perancang yasmin..its better than pil perancang yang lain..sebab dia tiada side effect kepada badan n kulit..namun,,after i google-google,,ramai juga yg prefer pil yasmin..tapi ada satu yang buat aku ragu-ragu bila ada yg mengatakan akan mengurangkan pengeluaran air susu..oh my!!..aku mau bg fully bf my baby aqil insyaAllah sampai dia 2thn..kalau makan pil yasmin ni..tak ke haru jadinya niat baik aku ni..terus aku blur-blur...pil yasmin ni harga dia mahal la..dalam rm55 macam tu..rasanya dekat guardian ada jual..tapi aku belum pegi cari lagi...

Erm..susah juga kan kalau tiada experience ni..tapi my mum pun tak suh ambil suntik..dia suruh makan pil jgak..may b sbb tu jgak kot..takut kurang kesuburan..

Nanti kalau aku dah buat keputusan dan sudah buat timbang-timbang nanti aku kongsikan dekat sini ya...okeylah..baby aqil sudah bangun..sekejap saja dia tidur..mau menyusu la tu..hihi..makin gemuk dah anak mama ni..

ok bai!

27 November 2012

Di beri nama Muhammad Aqil Amsyar

Assalammualaikum..w.b.t..

Alhamdulillah baby aqil dah tdo..baru habis menyusukan dia dan manja-manja dgn dia..so mama sudah boleh on9..hihi..papa tgh makan..dia baru balik dari main badminton..nak maintain badan katanya..hihi..biarlah..beri sedikit ruang untuk dia bergaul and relaxing dgn kawan-kawan dia..takkan lah asyik 24 jam nak berkepit ja kan..dah la penat kerja..bagi lah ruang dia sekali sekala untuk bersantai..bukan selalu..seminggu sekali ja...

Ok lah..hari ni terasa ingin ber'story' tentang kelahiran anak sulung ku..yang di beri nama Muhammad Aqil Amsyar bin Amiezan...haha..panjang nama dia..nama papa dia seciput je pendeknya..susah la cikgu dia mo panggil nanti..hihi..

Kisahnya..sebenarnya masa mengandungkan baby aqil ni..2 kali dah mama dia ni kena warded sebab sakit-sakit..masuk hospital then keluar balik sebab pintu rahim tak bukak lagi..so,,mungkin tu la kontraksi palsu agaknya..biasalah anak pertama ni..tak ada pengalaman lagi..nervous lagi satu hal..hihi..padahal kalau dah ada tanda-tanda pun sempat lagi agaknya ke hospital..hospital pun bukan jauh sangat..dalam 20 minit ja..

Tapi..memandangkan mama aqil ni dah overdue..sepatutnya due 30/9..tapi still tak da tanda-tanda lagi..just sakit-sakit pinggang macam tu ja..terdetik la di hati ni mau bawa ke Rafflesia Medical Center..ni hospital swasta..tak plan pun mau bersalin di sini sebab tak simpan pun bajet beribu utk bersalin di sini memandangkan hanya si suami saja yang bekerja..plan mau bersalin di hospital kerajaan ja..tapi every month memang check up dekat RMC..bayaran dia pun ok juga dalam RM60 la sebulan..boleh la..scan baby dan boleh tgk perkembangan dia setiap bulan..siap doc buat scan 3D lagi..hihi..memang excited gila tgk scan 3D tu..dan membuatkan mama tak sabar utk melahirkan baby aqil..

Melalut sudah..hihi..so,,pada pagi 1/10 tu..aku pegi dulu review dekat klinik kesihatan sbb memang tiap-tiap minggu start 36wks kna review dekat kkia..nurse mo suh pegi jmpa doktor dekat kkia..tapi aku request besoknya sbb aku tgh rush utk appointment dekat RMC..Dalam perjalanan tu dengan kereta suami yang melambung-lambung...perut aku asyik mengeras ja..tapi takla sakit..cuma mengeras-ngeras..aku siap cakap dekat suami..entah-entah baby ni mau dilahirkan dekat RMC kot..hihi..sampai-sampai kat RMC terus pegi kaunter n nurse terus suh pg toilet ambil sample urine n check BP..then terus bawa pegi naik atas..sampai kat atas terus nurse suruh baring dekat katil dekat wad..buat CTG..sementara tunggu doktor sampai check..macam biasa bila check CTG memang sangat memenat dan melenguhkan..hihi..then doktor dtg check..dia kata ada kontraksi..then check pintu rahim dah bukak 2cm..doc siap tanya lagi mau bersalin di gov ka di RMC..sbb dia mmg tau plan kami mau bersalin di gov..sbb tiap-tiap bulan ada review dgn doc ni cuma dah bgtau dia mau brsalin di gov..so,,dia ckp kalau mau bersalin di hospital beaufort sempat lagi..sbb pintu rahim baru buka 2cm..tapi doc tu mcm resah je..dia selagi kami tak buat keputusan dia akan masuk bilik then tanya kputusan kami..kesian dekat doc mst dia risau dekat baby dkt dlm perut mama ni..so,,kami buat kputusan kami bersalin dekat situ..nmpak ceria sikit muka dia..so doc terus proceed dgn pecah ketuban n drip induce..ya Allah..sakitnya yang amat sangat..aku hanya mampu berdoa..selawat..zikir dan macam-macam aku baca...doc dan nurse selang 5-10 minit dtg cek..serius dia sangat caring..nanti anak kedua terus buat keputusan mau deliver di sana lagi..hihi...then,,jam5pm..bukaan pintu rahim still 2cm..doc buat keputusan untuk operate sbb dah pecah ketuban n induce.. supposedly dah bukak 5/6 cm..

Aku ngan suami dah cuak..pikir pasal baby..pikir lagi pasal kewangan..ye la..mau operate bukan murah cik kak..kena jugak 3-4 ribu..kami tak prepare duit pun sebanyak tu..kad kredit adalah..doc pun mcm biasa..sudah resah menunggu keputusan patient nya...lepas bincang ngan parents so bapa kata proceed la buat operation..bapa still on the way lagi dr kampung..so,,buat keputusan..terus masuk labor room..suami sdh resah di luar..resah sampai tak senang duduk..sambil baca surah Yaasin katanya..berdoa semoga isteri dan anak selamat..

Alhamdulillah..tak sampai 30 minit..mama sudah selamat melahirkan baby melalui operation dengan berat 2.55kg..rupanya tali pusat baby sangkut dekat leher..patutlah dia tak boleh mau turun..nasib baby tak lemas..alhamdulillah..tergerak hati mau pegi RMC..kalau asyik tunggu dekat hospital gov ntah macammana la keadaan baby..dah la anak first..bersyukur sangat..suami kata..tak apalah..duit boleh di cari..asal mama n baby dua-dua selamat..Alhamdulillah..

So sekarang aku sudah hari ke 59 berpantang operation..setakat ni keadaan ok..cuma sakit sikit kalau batuk dan bersin..luka pembedahan di luar pun sudah kering..dan kemas saja..tapi luka di dalam entah lah macammana..mudah-mudahan semakin pulih...pantang makan yang seafood dan telur..yang lain aku dah bedal..hihi..cuma yang sejuk-sejuk aku pantang lagi sebab sekarang fully bf baby aqil..

Sampai sekarang perkataan Alhamdulillah tu tak lekang di bibir ku sejak aku dan baby dah selamat kedua-dua nya...Alhamdulillah...

Ni first gambar baby aqil kata suami..waktu baby aqil keluar dari labor room..dia nangis pas tu kena letak dekat katil tu then di beri cahaya lampu..pastu baby aqil tidur..


Comel je rase..rindu pula time baby aqil masa lahir..sekarang baby aqil sudah 1bulan lbih...minggu depan msuk 2 bulan..kejap je rasa..Semoga baby aqil membesar dengan sihat dan cergas..jadi anak yang baik ye sayang..mama papa sayang baby aqil sangat-sangat..engkaulah permata hati mama papa..yang memberi kebahagiaan dalam hidup mama papa..engkaulah segalanya..Muhammad Aqil Amsyar..

23 November 2012

23/11/2012

Hai there..Im back..macam tetiba ja rajin mau menghupdate bagai..ntah semangat apakah yang hinggap atau kah hanya ingin berkongsi sedikit rasa..hihi..abaikan..jangan heran mood menulis sekarang macam biskut chipsmore..sekejap ada sekejap tiada...bila ingin mengupdate lepas tu baru menulis tajuk tiba-tiba idea bagai disambar petir tatkala mendengar tangisan si kecil..hah sudah!..tinggallah idea ku tamat di situ hilang di mamah masa..[mengarut!]..

Sudah pukul 2pagi..erk aku belum tidur lagi..mengantuk juga tapi sukar melelapkan mata..mungkin kurang selesa kerana pundi kencing selalu penuh dan aku rasa sekarang seperti hamil 36minggu bila menjadi pengunjung setia toiletrooms...apa tidak nya,,setiap masa dengan botol air nya..dan minum lah berliter-liter air dalam sehari sebab aku tengah breast feeding..yaahh[!]..dgn bangga nya..AKU BREASTFEEDING[!]..siapa tak bangga bila memberi hak yg sepatutnya kpd si kecil..disamping dia sangat-sangat manja dengan mama nya bila diberi bf..kalau di beri minum susu fm,,si kecil mau ja dgn semua orang hinggakan si mama tiada kesempatan mau bermanja dgn anak sendiri..so bila bf,,si kecil asyik mau mama saja..hihi..ye la,,mau tinggalkan baby sekejap ja pun sdh rindu apatah lagi bila si baby di pegang oleh org lain dgn terlalu lama..mama dpt pandang saja..tak sanggup den..hehe..[kedekut]

Baby Aqil lena tidur..papa pergi outstation tawau..hari ni yaya teman mama dan baby aqil tidur..

Erk..macam tetiba rasa pening..mayb sudah terlalu lewat..nanti update lagi..InsyaAllah..kalau ada masa..banyak ja idea mau update tiap hari..terutama rutin harian baby aqil..tapi,,sekarang baby aqil sangat manja dan tak boleh mau berenggang dengan mama..asyik mo menampal saja...so,,mama tak blh berbuat apa-apa..mandi lewat,,makan siang tidak,,solat kena cepat-cepat..hadui la baby aqil..sangat manja..kdg-kdg buat mama geram..tapi mama faham perasaan baby aqil..dia kecil lagi..inginkan perhatian dan kasih sayang...

klah..sangat mengantuk..

kbai!

25 July 2012

Semoga baby papamama sihat-sihat saja

Salam Ramadhan buat semua

Alhamdulillah..hari ni sudah hari ke 5 aku berpuasa dengan jayanya..walaupun ada sedikit sukar bila perut cepat sangat lapar..tengah hari sudah rasa lemas..mungkin sebab baby sudah semakin besar dan memerlukan kadar makanan yang banyak untuk membantu tumbesarannya...Harapnya baby mama ni sabar k..kita sedang melaksanakan suruhan Allah iaitu rukun islam ke 3 berpuasa di bulan Ramadhan..

Kelmarin review baby dekat klinik Rafflesia..Alhamdulillah baby baik-baik saja..cuma baby kecil dan berat baby kurang 2kg..Next 2 weeks doktor mau jumpa lagi mau tengok baby membesar ataupun tidak..Actually mama risau sangat..Semoga baby mama cepat besar ya..nanti waktu berbuka nanti mama makan banyak-banyak eh..Doktor suruh selang puasa..means dalam seminggu mungkin boleh lah tidak berpuasa 2 hari mcm tu..Supaya baby dapat makan waktu siang hari..Herm..kesian baby kena ikut mama puasa juga...:)

Isnin lepas..review pula dekat klinik kesihatan bongawan..Doktor pun kata baby kecil dan tumbesarannya sangat perlahan..Doktor kata air ketuban kurang..tapi kelmarin bila review dekat klinik Rafflesia doktor kata okey saja..cuma baby saja yang kecil..So mama start balik minum susu Anmum..supaya baby membesar dengan sihat...okey sayang..

Esok pula kena review dekat Hospital Likas...ni sebab doktor dekat klinik bongawan tu refer aku pg sini sbb masalah dekat baby..Mula-mula risau sangat hari isnin tu..tapi lepas jumpa doktor dekat klinik Raflesia kelmarin..sudah tidak berapa risau sebab doktor kata okey saja..baby kecil mungkin sebab mama nya kecil..tapi doktor mau pastikan juga baby ada membesar walaupun sedikit-sedikit...

Baiklah..gtg..selamat berbuka puasa..kbai..


18 July 2012

Khasiat Kurma buat bakal ibu dan umum buat semua

18 July 2012 Rabu

Post dua entry dalam sehari adalah sesuatu yang sangat memberangsangkan bagi diri..^__^..Baiklah..since me sedang hamil plus duduk di rumah saja-saja tiada kerja..Tahap kerajinan diri mengoogle bermacam-macam info tentang kehamilan sangat tinggi..Thankss to mr.google yang baik hati..Dapatlah banyak ilmu tentang kehamilan bermula dari saat awal kehamilan hinggalah ke saat ingin melahirkan,,berpantang,,penjagaan bayi,,makanan,,pantang larang dan juga kesihatan diri dan bayi..Banyak sangat dapat info..dan paling suka baca dekat forum-forum bila si ibu-ibu dan bakal ibu berkongsi pengalaman masing-masing...So,,hari ni aku teringin sangat ingin berkongsi tentang khasiat memakan kurma ketika hamil..bukan ketika bulan puasa saja ya..dan aku juga tengah mengamalkan makan kurma ni pagi dan waktu malam...mudah-mudahan daku beroleh manfaat nya...

Khasiat Makan Kurma Ketika Hamil


Menguatkan sel-sel usus dan dapat membantu melancarkan saluran kencing karena mengandungi serabut-serabut yang bertugas mengontrol laju gerak usus dan menguatkan rahim terutama ketika melahirkan.

Buah kurma matang sangat kaya dengan unsur Kalsium dan besi. Oleh karena itu, sangat dianjurkan bagi perempuan yang sedang hamil dan yang akan melahirkan, bahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kepada Maryam Al-Adzra (perawan) untuk memakannya ketika sedang nifas (setelah melahirkan). Kadar besi dan Kalsium yang dikandung buah kurma matang sangat mencukupi dan penting sekali dalam proses pembentukan air susu ibu. Kadar zat besi dan Kalsium yang dikandung buah kurma dapat menggantikan tenaga ibu yang terkuras saat melahirkan atau menyusui. Zat besi dan Kalsium merupakan dua unsur efektif dan penting bagi pertumbuhan bayi. Alasannya , dua unsur ini merupakan unsur yang paling berpengaruh dalam pembentukan darah dan tulang sumsum.

Ruthab (kurma basah) mencegah terjadi pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.

Memudahkan bersalinan dan membantu keselamatan ibu dan bayinya

Kaya dengan zat besi -sesuai dimakan oleh wanita yang datang haid & mereka yang mengalami masalah anemia ( kurang darah merah )

Mencegah barah payudara & rahim

Sabda Rasulullah S.A.W.
"Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal lahir itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya"

Sepanjang tempoh berpantang pun elok dimakan bagi memudahkan pengecutan rahim.

Dan ini adalah pengalaman salah seorang ibu yang mengamalkan makan buah kurma sewaktu ia hamil...

Actually dulu sebelum kahwin, saya tak suka sangat pun makan kurma sebab bagi saya ianya manis.. Tapi dengan takdir Tuhan, saya dikurniakan seorang suami yang memang suka makan buah kurma.. So, apabila start je kehidupan saya dengan gelaran seorang isteri maka bermulalah setiap hari saya makan sebijik kurma.. hihii

Dengan takdir Tuhan jugak, saya bunting pelamin.. time tu jugak saya ada search apa kebaikan kurma untuk ibu mengandung.. MasyaAllah.. sungguh banyak kebaikannya.... (",) Sekarang baca pengalaman saya pulak yer..hihii.. Alhamdulillah sepanjang mengandung, saya tak mengalami masalah kesihatan.. kalau muntah2 or alahan tu normal lah kan.. tapi kalau macam demam tu saya jarang kena..

Ketika saya nak bersalin.. u all bayangkan, saya bersalin pukul 11:24 malam.. pagi tu, saya hanya makan sebijik kuih n sedikit roti 60sen.. tengahari, petang, malam, saya hanya bekalkan diri saya dengan makan buah kurma.. YAP, dengan kata lain, ketika nak bersalin tu, saya lebih percayakan buah kurma mampu bagi tenaga untuk saya... Alhamdulillah.. gerakan kontraksi rahim saya pun teratur je & saya start sakit "yang amat tu" tak sampai sejam pun.. terus bersalin.. Untuk pengetahuan u all jugak, sebelum masuk labour room, saya masih lagi mampu shopping dalam shopping complex!!

Ketika dalam tempoh berpantang pun, saya TETAP JUGAK MAKAN KURMA.. Ada sesetengah orang tua cakap, tak elok makan kurma ketika berpantang.. yela, time berpantangkan... Tapi saya tak percaya sebab saya tahu, KURMA BANYAK KEBAIKAN & DAH SAH2 IA ADALAH MAKANAN KEGEMARAN NABI.. Alhamdulillah.. berkat dari makan kurma ketika berpantang, Rahim saya cepat kecut & cepat kembali kepada posisi asal dia.. sampai tukang urut pun tegur pasal ni..

Selain tu jugak, kurma mampu menghasilkan susu badan.. YAP, untuk pengetahuan u all, daripada hari pertama Alisha dilahirkan sehingga sekarang, saya tidak amalkan untuk makan vitamin yang fokus kepada pertambahan susu badan.. TAPI Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, susu badan saya cukup untuk Alisha sampai sekarang dah berumur setahun 6 bulan.. Caranya, saya hanya amalkan makan sebijik kurma setiap hari..

Kalau ikutkan daripada segi sifat anak pulak.. Alhamdulillah... Alisha setakat ni ok.. Lagipun, Nabi s.a.w. pernah bersabda  : 
Dengan izin dariNYA, anak kita akan jadi seorang yang PENYABAR, BERSOPAN SANTUN, & CERDAS PEMIKIRAN.. Bab sikap anak saya @ Alisha, saya taknak cerita lebih2.. u all boleh tahu sendiri, macamana Alisha, adakah ciri2 Alisha sama seperti apa yang Nabi Muhammad s.a.w. bersabda dalam ayat dekat atas tu ataupun sebaliknya..

Tapi saya nak coretkan satu cerita dekat u all.. dulu ketika saya belum bersalin, ada hamba Allah cakap dekat saya.. Nanti bila dah bersalin, tidur saya takkan lena, sebab anak akan jaga tengah2 malam or pagi2 buta.. sebab menangis or apa2 sahaja.. tapi untuk pengetahuan u all.. Alhamdulillah.. saya sangat2 bersyukur sebab saya tak melaluinya.. Alisha seorang yang sangat mudah di jaga.. 2 3 bulan selepas Alisha lahir, hamba Allah tu tanya saya, Alisha meragam tak malam2.. saya cakap tak.. TAPI dia cakap, tunggulah besar sikit lagi.. mesti meragam... tapi alhamdulillah.. ianya tetap jugak tidak berlaku... TAPI lagi sekali hamba Allah tu tanya & jawapan saya tetap jugak sama, bagitahu Alisha seorang yang sangat mudah dijaga.. hamba Allah ni cakap.. tunggu besar sikit lagi..

Ya Allah.. nak suruh anak saya berapa kali besar agaknya ek, nak jugak confirmkan yang dia berkata betoi.. bahawa, baby yang baru lahir ni akan meragam tengah2 malam... Bila saya sendiri dah bergelar ibu.. saya tahu bahawa, TIDAK SEMUA BAYI AKAN MENGGANGGU TIDUR IBU BAPA MEREKA.. (^_^).. So, bagi mereka2 yang sedang mengandung.. saya sangat2 galakkan untuk u all, makanlah buah kurma... Dengan IzinNYA, mungkin u all dapat tengok perbezaan anak u all yang ketika mengandung u all makan buah kurma dengan yang ketika mengandung tak makan buah kurma... KURMA ADALAH MAKANAN KEGEMARAN NABI.. JIKA NABI SUKA, MAKSUDNYA PASTI PENUH DENGAN KEBAIKAN.. (^_^)
Kredit to http://ihaveasweetsmile.blogspot.com


بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Apa-apa pun..bertawakal lah kepada Allah..kerana Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa...Sentiasa berusaha dan berdoa kerana Allah Maha mendengar rayuan dan doa hamba-hambanya..Amin...

Its was like yesterday

18 July 2012

Its about 7months ago we were getting married..I feel its just like yesterday I become ur lovely wife,ur soul and ur heart..Tup tup,,I have my belly..Its 29weeks now...Our baby will becoming in 2 months from now...Happy!!..[grrr...OH MY ENGLISH!!]..

Haha..jangan la mau bespeaking sangat kalau ayat sudah tunggang langgang dengan grammar yang ntah papa..hehe...So,moral of the story..stay learn english for your knowledge..kah-kah-kah...

Okeh..just mau upload sekeping dua pic masa akad nikah hari tu..16 Disember 2011..The moment yang sangat-sangat berharga buat aku dan suami..Masa aku sah menjadi Isteri Amiezan Bin Ibrahim..setelah selama 9 tahun menyulam cinta..Alahamdulillah..Aku sudah menjadi yang halal bagi nya...


Saat yang sangat bermakna..Di wali dan di akadkan oleh Ayah tercinta..


Alhamdulillah..Sudah sah menjadi yang halal bagi mu..
Amiezan Bin Ibrahim ♥ Norfarina Binti Jaafar
16 Disember 2011

16 July 2012

16 July 2012 Isnin

Salam Isnin..

Para pekerja sekalian mesti ada simptom-simpton Monday Blues kan?..hahah..Jangan diikutkan sangat kemalasan bekerja itu kerana fikirlah kesedihan yang dihadapi oleh para penganggur yang tengah bertungkus lumus mencari pekerjaan yang entah bila akan mereka dapat..sanggup berjalan berjauh-jauh batu demi mencari sebuah pekerjaan..menghadiri 1001 temuduga..berbelanja beratus-ratus demi menghantar beratus-ratus sampul resume...Namun,,nasib masih belum menyebelahi mereka..tidak mengapa,,sabar sahaja kerana Allah pasti telah menyediakan sesuatu yang terbaik buat mereka...Jadi kepada pekerja-pekerja yang tengah bekerja..bekerja la dengan penuh bersungguh-sungguh dan keikhlasan hati..takut-takut nanti Allah tiba-tiba beri pekerjaan kamu kepada mereka-mereka yang tengah bekerja..siapa tahu kan?..Allah itu Maha Esa Maha Berkuasa..:)

Baiklah..cukup tazkirah di pagi Isnin..Hahah..[padahal diri ini sedang menyedapkan hati diri sendiri sambil bertazkirah agar semangat terus mencari pekerjaan tidak meluntur dalam diri]..

Hari ni my baby sudah 29weeks..7bulan1minggu1hari..Alhamdulillah..baby baik-baik saja dan semakin aktif..mama pun semakin hari semakin cepat merasa penat..namun baby jangan risau..mama baik-baik saja..mama tidak kisah pun kena berpenat lelah macam ni..janji baby dekat dalam tu aktif,,sihat dan cergas..mama lagi suka kalau baby tendang-tendang perut mama,,mengeliat kuat-kuat sampai perut mama kejang-kejang..mama tidak kisah..janji mama dapat reaksi dari baby..dan mama tau yang baby baik-baik saja dalam perut mama...Minggu depan mama dan papa akan tengok baby..kita pergi jumpa Dr.Sutha lagi ya sayang..mama dan papa cant wait mau tengok baby dalam perut mama..gerak-gerak..hisap jari..nanti mau ambil gambar baby lagi..:)..baby jangan lupa senyum okeh...

Hari ni kena jaga anak buah enchek suami dekat rumah kakak nya dekat Menggatal..Mula-mula risau juga..sebab anak nya ni seorang nakal seorang manja..Sebab memang nakal sangat-sangat..Kakak dia terpaksa minta tolong sebab pembantu rumah nya berhenti kerja..btw nasib lah kena jaga sehari saja..Dan paling di risau baby dalam perut ni..takut-takut anak dia mengamuk ke apa takut dia tertendang baby dalam perut ni...Since hari khamis hari tu risau yang amat melampau..Namun,,Alhamdulillah..budak-budak ni baik-baik saja..Mandi pun enchek suami mandikan mereka baik-baik saja..tidak sedikit pun membuatkan diri ini stress..Alhamdulillah..Syukur..berkat keikhlasan enchek suami,,Allah telah permudahkan semuanya..Mudah-mudahan baik mereka ni sampai ke petang..sampai mama mereka balik dari kerja..Amin..

Perut sudah senak..rasa mau baring la pula..kita stop dekat sini okei..Salam..

13 July 2012

Friday 13 July 2012

Assalammualaikum..Salam jumaat..

Waaahh..sudah lama tidak menghupdate blog..[ayat yang sama saja bila lama tidak mengupdate..pfftt mcm tiada ayat lain..huhu]..Banyak perkara yang aku mau share semenjak kemenghilangan diriku tidak menghupdate setelah menjadi isteri orang ni..diri ni tidak la sesibuk mana pun..sbb masih menjadi suri rumah tangga sepenuh masa..hehe..penganggur tegar la katakan..belum ada rezeki lagi..tapi tidak mengapa lah dapat juga aku berehat sepenuhnya selama diri ini sedang berbadan dua...waaaa!! lama tidak hudpate tup-tup sudah berbadan dua..hehehe..

Cup cup..mengapakah tiba-tiba rajin mengupdate sedangkan selama ini menjengah pun tidak..hahaha..tadi my fren Umi Insyirah sms..story punya story,,she ask me about my blog..rupanya dia pun sekarang tengah rajin menghupdate..since dia tiada facebook dan memang tidak mahu mengaktifkan kembali facebooknya..dia pun rajin menghupdate blog..Alhamdulillah dpt la juga aku mengetahui sedikit sebanyak tentang perkembangan dirinya dan baby nya..

So..aku pun kena update juga supaya dia boleh tahu perkembangan kawan-kawannya ni..hehe..plus aku pun boleh la baca-baca balik nanti bila sudah tua..kih-kih-kih...

Banyak yang aku kena update sepanjang 7bulan menyepi ni..and the best part ialah saat aku tahu diri ku bakal menjadi mama dan sepanjang tempoh kehamilanku..so,,wait saja la bila kah diri ini akan penuh bersemangat yang berkobar-kobar untuk mengupdate entry tersebut..hehehe...

Baiklah..got-to-go sebab enchek suami sudah balik dari kerja..mau balik kampung lagi..coz esok ada kenduri keluarga di rumah nenda..kbai..

18 January 2012

Its wednesday 2012

Hai hai...

Wahh sudah lama aku tidak menghupdate blog ni..dari 2011 sudah bertukar 2012...dari belum kawin hingga ke sudah kawin...dr belum ada baby hingga ke ada kebuncitan perut akibat asyik makan-makan-makan...hehehe...buncit laaa...belum ada baby lagi..sooon..hehee...

Seyes aku macam tidak percaya aku sudah kawin..kekeke...hei world! im a wifey...pengalaman sebulan menjadi seorang wife..sangat indah tidak terkata..bahagia apatah lagi..hati pun senang sampai setiap hari makan pun mcm dua org makan...apatah lagi enchek suami ku..soo tiap-tiap hari kena masak macam 4 org makan..soon,,akan masak mcm 5 org makan sebab perut enchek suami sudah mula membesar..kah-kah-kah...He's very sensitif about the perut..so its make him go to playing badminton every thursday night with his cuzzy n friends..untuk maintain katanya...huk alah..aku tgk makin naik juga perut tu..hik-hik-hik...

Alhamdulillah..after get married ni aku xda masalah sangat dgn mengurus rumah n the most important things about masakan...Dia suka masakan aku dan tak da banyak komen pun..so,,its make me happy ja bila masak sbb enchek suami akan makan banyak bila aku masak..huh! nasib baik ada bakat masak-memasak ni..hehe

Okeh lah..since enchek suami sudah bangun..gtg first for make a breakfast for him and urut-urut sikit badan dia..yaaww!

Daaaa!